Schweinsteiger & Schneiderlin Muncul Bersama Jersi United

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 9:40 PM

Bastian Schweinsteiger memperagakan jersi barunya bersama Morgan Schneiderlin (kanan) apabila kedua-duanya disahkan sebagai pemain baru Manchester United pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

> Manchester United sahkan pembelian kapten pasukan Jerman Bastian Schweinsteiger

> Pemain berusia 30 tahun itu tandatangan kontrak tiga tahun

> Louis van Gaal menyifatkannya sebagai 'pemain profesional terhebat'

> Schweinsteiger bersama Morgan Schneiderlin & Matteo Darmian kini menjadi pemain terbaru United

> United berlepas ke Amerika bersama-sama pemain baru mereka untuk perlawanan pra-musim

PENGURUS Manchester United, Louis Van Gaal berlepas ke jelajah pra-musim bersama-sama pasukan barunya dengan satu kepercayaan penuh bahawa dia telah berjaya membawa masuk muka-muka baru yang bakal mengemudi bahagian tengah dan pertahanan skuadnya yang selama ini menjadi kelemahan mereka.

United berjaya mendapatkan khidmat tiga pemain antarabangsa serentak - diketuai oleh kedatangan kapten skuad kebangsaan Jerman, Bastian Schweinsteiger dari Bayern Munich dengan harga perpindahan sekitar £14 juta pada Isnin diikuti oleh pemain antarabangsa Perancis, Morgan Schneiderlin dari Southampton dan pemain pertahanan antarabangsa Itali, Matteo Darmian dari Torino.

Ketiga-tiga mereka sempat menandatangani kontrak untuk turut serta bersama-sama skuad utama United ke jelajah Amerika pada lewat Isnin.

Van Gaal berkata: "Tidak siapa dapat menafikan bakat semulajadi dan keupayaan Bastian Schweinsteiger mengemudi bahagian tengah. Dia bawa bersama-samanya pengalaman yang tiada tolok bandingnya dan itu merupakan satu kelebihan yang bakal diterima oleh United."

Malah kata van Gaal, rekod Schweinsteiger cukup untuk menjelaskan segala-galanya.

Pemain itu telah memenangi setiap kejohanan di peringkat kelab malah menjulang Piala Dunia pada temasya Piala Dunia 2014 di Brazil bersama skuad Jerman.

Selepas persaraan Philipp Lahm, Schweinsteiger mengambil alih tugasan kapten skuad kebangsaan Jerman. 

"Bastian adalah seorang profesional terhebat yang bukan lagi asing buat saya. Kami telah bekerjasama ketika saya di Bayern Munich dan saya sangat-sangat gembira apabila dia membuat keputusan untuk menyertai saya semula di Manchester United," ujar van Gaal.

Selepas berjaya melepasi ujian kecergasan dan perubatan pada Isnin pagi, Schweinsteiger dipetik sebagai berkata: "Saya telah menghabiskan seluruh kerjaya profesional saya di Bayern Munich dan ia merupakan satu perjalanan yang panjang.

"Manchester United hanyalah satu-satunya kelab yang akan saya sertai selain Bayern Munich apatah lagi untuk berpeluang sekali lagi bekerjasama dengan van Gaal."

Dan bukan setakat Schweinsteiger sahaja malah dia disertai oleh pemain antarabangsa Perancis, Morgan Schneiderlin, dari Southampton dan pemain bek kanan Itali, Matteo Darmian dari Torino memperkukuhkan skuad van Gaal musim depan. 

United membelanjakan £24 juta untuk mendapatkan khidmat Schneiderlin dari Southampton manakala Darmian pula £12.7 juta. Mereka telah pun memperolehi khidmat penyerang antarabangsa Belanda, Memphis Depay dari PSV Eindhoven pada harga £21.5 juta Mei lalu. Dia adalah penjaring terbanyak Liga Belanda musim lalu.

Schweinsteiger, Schneiderlin dan Matteo Darmian menghabiskan sepanjang Isnin melakukan ujian kecergasan dan selepas itu membuat tempahan sut rasmi United untuk jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan