Morgan Schneiderlin Pemain Terbaru Man United - Bola Sepak | mStar

Morgan Schneiderlin Pemain Terbaru Man United

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 10:29 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Southampton, Morgan Schneiderlin dilapor telah melengkapkan pemeriksaan perubatan di Manchester United pada Ahad untuk pemindahan bernilai £24 juta.

Pemain Perancis itu dikatakan tiba di Kompleks Latihan AON sebelum menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangani kontrak selama empat tahun dengan pilihan tambahan 12 bulan

Ketibaan Schneiderlin itu menjadikan perbelanjaan keseluruhan United untuk musim depan setakat ini mencecah  £80 juta.

Ia termasuk pembelian Memphis Depay, Matteo Darmian dan Bastian Schweinsteiger.

Pengendali United, Louis van Gaal dilapor ingin menyelesaikan urusan pemindahan pemain sebelum berlepas ke Amerika Syarikat bagi jelajah pramusim.

Southampton bertindak melepaskan Schneiderlin selepas jurulatihnya, Ronald Koeman berjaya mendapatkan  Jordy Clasie dari Feyenoord sebagai pengganti.

Tags / Kata Kunci: Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan