Pemain Tengah Perancis, Morgan Schneiderlin Sah Milik Man United

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 9:16 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United mengumumkan telah mengikat pemain tengah Perancis, Morgan Schneiderlin menerusi kontrak selama empat tahun - pilihan tambahan setahun.

Schneiderlin, 25, telah membuat 253 penampilan dan menjaringkan 15 gol untuk Southampton sejak menyertai kelab tersebut pada 2008.

"Saya gembira kerana dapat menjadi pemain United. Ketika mula mengetahui United inginkan khidmat saya, terasa sukar untuk membuat keputusan.

"Saya juga sangat gembira berada di Southampton selama tujuh tahun dan kelab itu akan sentiasa berada di hati. Tetapi peluang untuk berada dalam skuad ini membuatkan saya sukar untuk melepaskannya.

"Saya juga teruja untuk memulakan jelajah ke Amerika Syarikat (AS) bersama United. Saya tahu bahawa apa yang dilakukan Manchester  United akan memberi kesan kepada penyokongnya di seluruh dunia," kata Schneiderlin (gambar bawah) selepas menandatangani kontrak.

Sementara itu pengendali United Louis van Gaal pula dilaporkan berkata, Schneiderlin merupakan pemain berbakat yang mempunyai ketahanan dan tenaga yang memuaskan.

"Skil yang ada padanya akan melengkapkan kekurangan dalam skuad ini dan saya amat berharap dapat mengikatnya secepat mungkin sebelum kami berlepas ke AS.

"Latihan dalam jelajah pramusim amat penting bagi kami menempuh Liga Perdana Inggeris pada musim depan," jelasnya ketika menyaksikan Schneiderlin menandatangani kontrak di Manchester pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: Perancis , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan