Pertahanan Antarabangsa Itali Pemain Terbaru Manchester United

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2015 9:46 AM

Pemain antarabangsa Itali, Matteo Darmian memperagakan jersi barunya bersama Pengurus Manchester United, Louis van Gaal di Carrington, Manchester pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United menambah seorang lagi pemain baru dengan penyertaan Matteo Darmian dari Torino pada Sabtu selepas pemain itu lulus ujian perubatan dan kecergasan.

Dia tiba di Manchester dengan menaiki jet peribadi yang diatur oleh kelab berkenaan.

Darmian, 25, menandatangani kontrak empat tahun.

Pemain itu mewakili Torino sebanyak 146 kali dan menjaringkan lima gol.

Bos United, Louis van Gaal berkata; "Matteo adalah pemain bek kanan tetapi mempunyai keupayaan untuk bermain pada mana-mana posisi pertahanan yang lain. Dia bermain dengan pantas dan mampu bergerak ke atas dan rentak permainan dia amat sesuai dengan Liga Perdana Inggeris."

Yuran perpindahan Darmian ke United tidak diumumkan oleh kelab itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan