16 Tahun Berkhidmat, Iker Casillas Tinggalkan Real Madrid

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2015 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid telah mengumumkan bahawa penjaga gol lagenda kelab itu, Iker Casillas telah bersetuju untuk berhijrah ke Porto.

Dalam pengumuman menerusi laman web, kelab gergasi Sepanyol itu pada Sabtu berkata, pemain berusia 34 tahun akan melakukan pemindahan dan mereka turut mengucapkan terima kasih atas khidmatnya selama ini.

"Kami telah bersetuju pemindahan Iker Casillas ke kelab Portugal.

"Real Madrid ingin membuat pengakuan untuk hari ini, hari sebelum dan selepas.

Casillas memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah sebanyak tiga kali bersama Real Madrid.

"Tiada lagi penjaga gol terbaik di kelab kami - dia merupakan penjaga gol terbaik dalam sejarah Real Madrid dan bola sepak Sepanyol.

"Oleh itu kami mengucapkan selamat tinggal dengan jutaan harapan, impian, pengorbanan dan kemenangan.

"Iker Casillas telah membuatkan perisai kami semakin kuat, dia merupakan ketua pasukan yang mempertahankan gawang kami sejak 25 tahun.

Bermula dari kiri ke kanan - Mahamadou Diarra, Ruud van Nistelrooy, Casillas, Sergio Ramos, Ivan Helguera, Emerson dan David Beckham. Duduk dari kiri ke kanan - Robinho, Roberto Carlos, Raul Gonzalez dan Fabio Cannavaro bergambar sebelum menentang Real Zaragoza dalam saingan La Liga pada 2007.

Terma mengenai pemindahan itu akhirnya dipersetujui apabila Casillas berang dengan tindakan Real.

Pada Khamis malam lalu, kedua-dua pihak masih betelagah dengan Casillas mengancam untuk kekal di kelab berkenaan dan tindakan itu akan mengganggu kehadiran David De Gea.

Bagaimanapun pengumuman penghijrahan tersebut telah menguatkan lagi spekulasi bahawa De Gea bakal ke Real dalam tempoh terdekat.

Casillas meninggalkan Bernabeu selepas 16 tahun berkhidmat dan melakukan 725 penampilan untuk kesemua kejohanan.

Dia turut memenangi lima gelaran juara La Liga, tiga Copa del Reys dan tiga Liga Juara-Juara Eropah.

Casillas ketika memenangi Copa del Rey.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Porto

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan