Bayern Munich Sahkan Perpindahan Bastian Schweinsteiger Ke Manchester United

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2015 10:00 AM

Bastian Schweinsteiger kini sah milik United.

(Ubah saiz teks)

> CEO Bayern Munich Karl-Heinz Rummenigge sendiri mengumumkan berita mengejut itu

> Manchester United kemudiannya turut mengumumkan berita yang sama melalui laman sosial mereka

> Bastian Schweinsteiger kini adalah kapten skuad kebangsaan Jerman

> Dia memenangi Piala Dunia tahun lalu di Brazil

> Jumlah perpindahannya ke United sekitar £15 juta

KETUA Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge mengesahkan yang kelab itu menawarkan perlanjutan kontrak kepada pemain tengah mereka, Bastian Schweinsteiger tetapi pemain itu mahukan cabaran baru dengan menyertai Manchester United.

Beberapa minit selepas Rummenigge memngumumkan demikian di hadapan para pemberita dalam satu sidang akhbar di Allianz Arena, Manchester United turut mengiystiharkan berita yang sama melalui laman sosial mereka.

Schweinsteiger, 30, akan mencatat sejarah sebagai pemain berbangsa Jerman yang pertama untuk menyarung jersi manchester united.

Dia telah bermain mewakil Bayern lebih 500 kali sepanjang tempoh 13 tahun bersama kelab Jerman itu dan memenangi Piala Eropah serta kejuaraan liga sebanyak lapan kali.

Media massa Britain melaporkan yang Schweinsteiger akan menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama United dengan bayaran gaji sekitar £7.2 juta setahun.

Perpindahan Schweinsteiger ke United juga bermakna dia kini akan bersatu semula dengan Louis van Gaal, yang pernah melatih dan mengurus Bayern antara tahun 2009 hingga 2011. Van Gaal adalah orang yang bertanggungjawab meletakkan Schweinsteiger sebagai tunggak utama Bayern di bahagian tengah.



iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan