Van Persie Sah Milik Fenerbahce

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 10:44 AM

Robin van Persie.

(Ubah saiz teks)

ROBIN van Persie melawat sebuah kafe kegemarannya di Cheshire untuk makan tengah hari sebelum berlepas ke Istanbul pada hujung minggu ini bagi melengkapkan perpindahannya dari Manchester United ke Fenerbahce.

Kedua-dua kelab itu mengadakan rundingan secara terbuka pada Khamis dengan Fenerbahce menawarkan bayaran perpindahan sebanyak 4.7 juta pound (RM27.6 juta) selepas bersetuju syarat peribadi dengan Van Persie selama tiga tahun.

Van Persie dilaporkan akan menerima bayaran gaji 240,000 pound seminggu (RM1.4 juta).

Bekas penyerang Arsenal itu dijadualkan berlepas ke Turki pada Ahad.

Pengumuman kehadiran bintang itu sebagai pemain baharu Fenerbahce akan dilakukan dalam tempoh 24 jam kemudian.

Difahamkan Van Persie merupakan pemain prospek yang akan kekal bersama United pada musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun selepas mengambil kira hubungan hambarnya dengan pengurus Louis van Gaal, beliau tidak diberi jaminan akan diturunkan dalam skuad utama Red Devils selepas kembali untuk latihan pra musim yang akan datang.

Fenerbahce, yang mengumumkan kehadiran bekas pemain sayap United, Nani pada Ahad lalu berharap untuk memperkenalkan Van Persie dihadapan penyokongnya di Istanbul pada hujung minggu ini.

Van Persie masih mempunyai baki kontrak selama setahun di Old Trafford.

United dilaporkan sedia melepaskan pemain itu dengan bidaan 10 juta pound (RM58.5 juta) kerana tidak berniat untuk menyambung kontraknya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan