Tengku Abdullah Sedia Lepas Jawatan Jika Gagal Ke Piala Asia 2019

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 9:35 PM

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhasrat untuk melepaskan jawatannya jika skuad Harimau Malaya gagal layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

Tengku Abdullah bertitah demikian dalam ucapan baginda yang dibacakan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM kali kelima di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Sabtu.

Hamidin ketika ditemui pemberita berkata Tengku Abdullah pernah menyuarakan rasa kecewa dengan prestasi skuad berkenaan sebelum ini.

"Sepatutnya, baginda hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut (hari ini) tetapi Tengku Abdullah mempunyai mesyuarat bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bahrain," kata Hamidin.

Skuad Harimau Malaya masih berpeluang layak ke Piala Asia 2019 walaupun sukar, selepas tewas 0-6 kepada Palestin dan seri 1-1 menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam saingan Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Malaysia akan bertemu pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September ini dan menentang Arab Saudi pada 8 Sept. 

Dalam pada itu, berikutan kemerosotan ranking dunia skuad Harimau Malaya, FAM akan mewujudkan Jawatankuasa Bertindak Khas bagi meneliti masalah prestasi pasukan negara itu.

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Datuk Abdul Mokhtar Ahmad selaku pengerusi JawatankuasaTeknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia.

"Jawatankuasa Bertindak Khas yang akan diwujudkan ini akan meneliti dan membuat perakuan dalam masa terdekat. Selepas Aidilfitri, jawatankuasa ini akan bermula. 

"Dalam tempoh terdekat, mereka akan memberikan cadangan tentang kedudukan jurulatih bola sepak negara," kata Afandi.

Tags / Kata Kunci: Tengku Abdullah , FAM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan