Schweinsteiger Setuju Sarung Jersi Manchester United

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 10:20 AM

Bastain Schweinsteiger.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Bayern Munich, Bastain Schweinsteiger bersetuju untuk menyertai Manchester United dengan kontrak perpindahan bernilai 14 juta pound (RM82.4 juta).

Bintang Jerman itu dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada musim panas ini selepas tidak tersenarai dalam perancangan jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola pada musim baharu yang akan datang.

Louis van Gaal dikatakan berminat untuk masuk Schewinsteiger ke aksi Liga Perdana Inggeris dalam usaha untuk merampas trofi yang menjadi milik seteru utamanya, Chelsea pada musim lalu.

Schweinsteiger dilaporkan menandatangani kontrak selama tiga tahun di Old Trafford.

Pemain berusia 30 tahun itu akan menerima gaji bernilai 7 juta pound setahun (RM41.2 juta).



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan