Van Gaal Mahu Morgan Schneiderlin Ikut Jelajah Pramusim United - Bola Sepak | mStar

Van Gaal Mahu Morgan Schneiderlin Ikut Jelajah Pramusim United

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 9:38 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dilapor telah melakukan semula perbincangan dengan Southampton untuk mendapatkan Morgan Schneiderlin.

Daily Mail difahamkan, pegawai United telah diterbangkan untuk menemui wakil kelab berkenaan bagi menyambung perbincangan untuk mendapatkan pemain skuad Perancis itu.

United sebelum ini telah melancarkan bidaan sebanyak £20 juta untuk mendapatkan Morgan namun ia ditolak kerana pengendali Southampton, Ronald Koeman menyifatkan ia sebagai tidak serius.

Bagaimanapun usaha United mengikat pemain berusia 25 tahun itu kin lebih cerah apabila beberapa persetujuan baru dicapai.

Pengendali United, Louis van Gaal dikatakan mahu membawa Morgan ke Amerika Syarikat (AS) untuk jelajah pramusimSkuad United akan berlepas ke AS pada 13 Julai ini dan Morgan akan bersama kelab berkenaan dalam tempoh terdekat.

Tags / Kata Kunci: Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan