Liga Super: Pahang Kekal Ketuai Saingan

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 8:19 AM

Penyerang Pahang Dickson Nwakaeme (dua,kiri) cuba melepasi kawalan penjaga gol Sarawak Iqbal Mohd Suhimi pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pahang mengekalkan kedudukan teratas dalam saingan Liga Super selepas mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Sarawak pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Rabu malam.

Kemenangan ke-10 yang diraih skuad 'Tok Gajah' itu selepas 15 perlawanan setakat ini, menyaksikan mereka terus mendahului carta Liga Super dengan kutipan 33 mata, berkelebihan lima mata ke atas pencabar terdekat, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pada aksi malam ini, Pahang memperoleh jaringan menerusi Zesh Rehman pada minit ke-22, Dickson Nwakaeme (minit ke-70) dan Azammuddin Mohd Akil pada minit ke-79, manakala gol saguhati Sarawak melalui Joseph Kalang Tie pada minit ke-64.

Turut meraih tiga mata penuh adalah kelab Felda United FC yang melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas pasukan bawahan liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban.

Pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin muncul wira skuad 'The Fighters' apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-66 (penalti), ke-82 dan ke-86, serta gol oleh Zah Rahan Krangar pada minit ke-87.

Wakil Singapura, Lions XII pula memintas Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berada di tangga keenam liga selepas menang tipis 2-1 ke atas Perak di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Lions XII, bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pemain Perak,Namkung Woong yang menanduk masuk bola hasil hantaran rakan sepasukan, sebelum wakil Singapura itu bangkit menjaringkan dua gol menerusi Muhammad Hafiz Abu Sujad pada minit ke-45 dan Safuwan Baharudin pada minit ke-53.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pasukan Terengganu mengutip tiga mata penuh setelah menang 2-0 ke atas pasukan tercorot liga, Sime Darby FC.

Ashari Samsudin muncul wira skuad Penyu menerusi dua jaringan pada minitke-26 dan ke-80. Dalam pada itu, Kelantan yang dibimbing oleh pengendali sementara, ZahasmiIsmail, berjaya menamatkan badi kekalahan selepas menang 3-1 ke atas PDRM di Stadium Shah Alam.

Tiga gol skuad 'The Red Warriors' dijaringkan oleh Austin Amutu pada minit keempat, Jonathan McKain pada masa kecederaan babak pertama serta Erwin Carrillo pada minit ke-66, manakala gol tunggal PDRM menerusi Faizal Abu Bakar pada minit ke-73.

Perlawanan di antara JDT dan Selangor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam ini, ditunda ke 13 Julai, berikutan skuad Harimau Selatan itu akan terlibat dengan aksi persahabatan menentang kelab Liga Jerman, Borussia Dortmund, Jumaat  (9 Julai). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Liga super , Pahang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan