Persetujuan Dicapai - Man United Dapatkan Pertahanan Itali

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN kanan Itali, Matteo Darmian dilapor akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Manchester United apabila perbincangan mengenai jual-beli pemain itu telah dipersetujui.

United dikatakan telah bersetuju dengan yuran pemindahan sebanyak  £12.7 juta yang ditentukan Torino dengan penambahan sehingga £14.4 juta mengikut prestasi.

AC Milan yang merupakan kelab pertama Darmian turut akan mendapat sebanyak £287,000 sebagai terma yang terdapat dalam penebusan kontrak.

United dikatakan perlu menyelesaikan pemindahan pemain baru dengan pantas kerana mereka akan mengikuti jelajah pramusim yang akan diterbangkan pada 13 Julai ini.

Darmian, 25, bakal menjadi pemain kedua yang diikat United untuk musim depan selepas bintang PSV Eindhoven, Memphis Depay.

Pemain pertahanan tinggi lampai itu akan menjalani pemeriksaan perubatan di Kompleks Latihan United AON pada Khamis sebelum menurunkan tandatangan pada kontrak selama empat tahun - lanjutan setahun.

Tags / Kata Kunci: Itali , Manchester United

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan