Aksi Berdepan Borussia Dortmund Ibarat Peluang JDT Perbaiki Diri - TMJ

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 9:42 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Perlawanan persahabatan menentang kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund, malam Khamis, menjadi titik tolak untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) mempelajari sebanyak mungkin ilmu daripada kelab bertaraf dunia itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah Borussia sangat dikenali sebagai kelab terkemuka Eropah dan perlawanan persahabatan itu membolehkan skuad Harimau Selatan memperbaiki diri.

"Perlawanan ini juga merupakan simbol usahasama kami. Kepada penyokong Johor, kekalahan walaupun dengan pasukan mana sekalipun, bukan suatu kegagalan, tetapi merupakan pengajaran untuk kita memantapkan lagi kelab untuk masa akan datang.

"Setiap kali kita mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih kuat, ia merupakan peluang mengenal pasti kelemahan dan memperbaiki skuad kita," titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebook Johor Southern Tiger, di sini Khamis.

Tunku Mahkota Johor juga bertitah keutamaan beraksi malam ini akan diberikan kepada pemain tempatan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada mereka.

Tunku Ismail bertitah keutamaan kini juga adalah untuk perlawanan Liga Super menentang Selangor pada 13 Julai ini.

Sementara itu dalam sidang media pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Borussia, Carsten Cramer berkata mereka bangga menjadi tetamu JDT selepas kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama membangunkan pengetahuan serta kemahiran jurulatih dan pemain.

"Kami dapat rasakan JDT dan Tunku Ismail begitu teruja seperti Borussia.

"JDT mempunyai penyokong fanatik, sesuatu yang turut dimiliki Borussia dan kami harap kerjasama ini dapat berpanjangan," katanya.

Borussia sudah memenangi gelaran Bundesliga sebanyak lapan kali sejak 1956.

Malaysia adalah destinasi kedua Jelajah Asia Borussia selepas beraksi menentang kelab Liga J, Kawasaki Frontale di Tokyo, yang dimenangi mereka 6-0.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan