Barcelona Sah Ikat Kontrak Arda Turan

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 8:24 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA bersetuju untuk mengikat pakar serangan dari Turki Arda Turan bagi mengharungi musim baharu nanti.

Bagaimanapun Turan yang bermain dengan 'musuh tradisi' Atletico Madrid hanya boleh beraksi bermula Januari ini berikutan penggantungan kelab terhadap kontrak pemain.

Kelab juara Eropah itu didenda penggantungan 14 bulan gara-gara didapati bersalah melanggar peraturan kontrak pemain antarabangsa di bawah umur 18 tahun sebelum ini.

"Barcelona dan Atletico Madrid bersetuju dengan perpindahan Arda Turan," jelas kenyataan kelab Barca.

Tags / Kata Kunci: Arda Turan , Barcelona

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan