Southampton Beri Kata Dua Pada United: Nak Schneiderlin Sila Bayar £30 Juta

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 3:00 PM

Morgan Schneiderlin (kiri) adalah pemain antarabangsa Perancis yang kini mewakili Southampton. Bidaan pertama Manchester United ke atas khidmatnya telah ditolak oleh Southampton sebagai terlalu rendah.

(Ubah saiz teks)

> Southampton tolak bidaan pertama United bernilai £20 juta dua minggu lalu

> Pengurusnya, Ronald Koeman menegaskan Morgan Schneiderlin bernilai £30 Juta

> Mereka anggap bidaan pertama United sekadar main-main

> Schneiderlin tidak hadiri sesi latihan pertama Southampton pada Isnin

KELAB Liga Perdana Inggeris, Southampton memberi kata dua kepada Manchester United, jika mereka mahukan khidmat pemain antarabangsa Perancis, Morgan Schneiderlin sila bayar  £30 juta, bukan kurang dari itu.

Southampton menyifatkan bidaan pertama Manchester United ke atas pemain mereka itu sebagai main-main dan tidak serius.

Pengurus Southampton, Ronald Koeman menegaskan sejak bidaan pertama berjumlah £20 juta itu dibuat, United hanya sekadar menyepikan diri dan tidak kembali dengan bidaan semula yang lebih baik.

"Ya United boleh dapatkan khidmat Schneiderlin tetapi mereka mesti bayar £30 juta. Itulah nilai sebenar pemain tersebut," ujar Koeman sebagaimana yang dipetik oleh portal berita Mail Online.

Menurut Koeman lagi, setiap pemain mempunyai nilai semasa tertentu dan buat masa ini nilai Morgan Schneiderlin adalah £30 juta.

"Jika United masih menunjukkan minat terhadap Morgan Schneiderlin, okay tidak apa tetapi sila bayar harga yang kami nak.

"Dia adalah pemain utama kami. Dia adalah seorang pemain bertaraf antarabangsa. Dia mewakili Perancis. Saya tidak fikir ini (jumlah yang diminta) menjadi satu bebanan buat United," ujarnya.

Musim lalu, Southampton turut menolak bidaan Arsenal dan Tottenham untuk mendapatkan Schneiderlin selepas mereka melepaskan Adam Lallana, Dejan Lovren dan Rickie Lambert kepada Liverpool, Luke Shaw kepada Manchester United malah kehilangan pengurus mereka, Mauricio Pochettino kepada Tottenham.

Walaupun menjual pemain-pemain berkenaan, Southampton masih mampu mengakhiri musim dengan menduduki tangga ketujuh liga dan layak ke Liga Europa musim depan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan