Siapa Enes Unal? City Bayar £2 Juta Untuk Budak 18 Tahun - Bola Sepak | mStar

Siapa Enes Unal? City Bayar £2 Juta Untuk Budak 18 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 3:52 PM

Pemain baru dari Turki, Enes Unal (kanan) menandatangani kontrak menyertai Manchester City di samping pengarah bolasepak kelab itu, Txiki Begiristain.

(Ubah saiz teks)

> Manchester City mengejutkan ramai pihak dengan pembelian pemain muda Turki

> Mereka sanggup bayar £2 juta untuk dapatkan Enes Unal

> Unal disifatkan sebagai wonderkid baru bolasepak Eropah

> Baru berusia 18 tahun, Unal dibeli dari kelab Liga Super Turki, Bursaspor

DIA kacak, dia ada gaya dan dia telah pun memecahkan pelbagai rekod baru dalam Liga Super Turki dengan menjaringkan 182 gol dalam 110 perlawanan untuk pasukan remaja kelabnya, Bursaspor sekaligus dilabelkan sebagai wonderkid baru bolasepak Eropah.

Tetapi Enes Unal tidak menyangka sama sekali, kemampuan luar biasanya itu telah mencuri perhatian Manchester City sehingga sanggup membayar £2 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Remaja berusia 18 tahun itu kini menjadi pemain pertama yang dibeli City untuk musim baru nanti yang akan bermula Ogos ini.

"Manchester City dengan ini mengumumkan pembelian pemain antarabangsa Turki Enes Unal dari Bursaspor Sk," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh City pada lewat Isnin.

Walaupun baru berusia 18 tahun tetapi Unal, telah pun terpilih mewakili skuad kebangsaan Turki.

Sebelum itu dia telah menjaringkan 24 gol dalam 25 perlawanan untuk skuad remaja Bawah-16 Tahun Turki sejak 2013.

Di peringkat kelabnya pula, Unal telah menjaringkan 182 gol dalam 110 perlawanan untuk skuad remaja Bursaspor.

Dan ketika berusia 16 tahun, Unal mencatat sejarah sebagai penjaring gol termuda dalam Liga Super Turki ketika mewakili kelabnya menentang Galatasaray.

Presiden Bursaspor, Recep Bolukbasi turut mengesahkan mengenai perpindahan itu.

Tags / Kata Kunci: Enes Unal , Manchester City , Bursaspor
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan