Penyerang Muda Negara, Rozaimi Kritikal Akibat Kemalangan

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 4:24 PM

Keadaan kenderaan milik Rozaimi yang terbabit dengan kemalangan di Likas pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terbabit dengan kemalangan pada pukul 1.30 petang Isnin.

Ketika kejadian penyerang pasukan Sabah itu bersama seorang lagi rakannya yang identiti belum didedahkan sehingga  kini dikatakan dalam perjalanan ke untuk menjalani latihan pada sebelah petang.

Bagaimanapun ketika tiba di lokasi nahas, kenderaan mereka dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan terbalik dan berpusing beberapa kali berhampiran di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shan Tao di Likas.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Affendy K Ramin berkata dalam satu kenyataan, kedua-dua lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth.

Rozaimi antara salah seorang penyerang muda prolifik negara yang pernah dinobatkan sebagai Pemain Harapan Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012.

Malah pemain yang baharu menyambut kelahiran ke-23 tahun pada 11 Jun lalu merupakan penjaring terbanyak Kejohanan Kelayakan Piala AFC B-22 di Myanmar dengan 10 gol pada tahun 2012.

Tags / Kata Kunci: Rozaimi Abdul Rahman , kemalangan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan