De Gea Terpaksa Pulang Ke Manchester

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

DAVID De Gea mengakui akan kembali menjalani latihan pramusim bersama Manchester United selepas tamat bercuti di Madrid.

Pemain Sepanyol itu sebelum ini menjangkakan akan menyertai Real Madrid sebaik sahaja tamat percutian sehingga memberitahu rakan sepasukan mengenai keinginan itu.

Penjaga gol nombor satu United itu pada musim lalu menolak tawaran gaji setinggi £200,000 seminggu selain tidak mahu lagi ke Manchester selepas pulang bercuti.

"Real Madrid? Saya perlu pulang ke Manchester untuk latihan pramusim," katanya kepada Akhbar Sepayol.

Dalam pada itu pengendali United, Louis Van Gaal dilapor akan mengadakan pertemuan dengan De Gea bagi membincangkan jalan penyelesaian.

De Gea kini hanya mempunyai baki kontrak selama setahun di United dan dijangka akan meninggalkan kelab itu secara percuma pada tahun depan jika Old Trafford tidak menjualnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan