Piala Dunia Wanita 2015: AS Juara Kali Ke-3, Singkir Jepun 5-2

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 10:19 AM

Pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat berjaya menjulang trofi Piala Dunia buat kali ketiga.

(Ubah saiz teks)

PASUKAN bola sepak wanita Amerika Syarikat (AS) kembali menjulang trofi Piala Dunia selepas 16 tahun dengan menewaskan Jepun 5-2 pada aksi final di Vancouver, Kanada, awal pagi Isnin.

Kemenangan ini menjadikan AS berjaya membalas dendam ke atas pasukan Jepun yang menewaskan mereka pada aksi sama empat tahun lalu.

Pemain AS, Carli Lloyd melakukan hatrik seawal minit ke-3 dan 5' serta minit ke-16 selepas Lauren Holiday menjaringkan gol ketiga minit ke-14.

Pemain Jepun gagal mempertahankan kubu mereka ketika diserang Lloyd dalam tempoh lima minit pertama.

Sementara itu, Yuki Ogimi cuba merapatkan jurang apabila berjaya mencipta gol pada minit ke-27.

Namun babak kedua menyaksikan saingan lebih sengit apabila Julie Johnson menjaringkan gol sendiri sekaligus memberi harapan kepada skuad bimbingan Norio Sasaki itu untuk terus mengejar.

Bagaimanapun The Yanks memastikan kedudukan mereka lebih selesa untuk merangkul kejuaraan kali ketiga selepas 1991 dan 1999 apabila Tobin Heath menggunakan peluang kelemahan penjaga gol lawan untuk jaringan kelima pasukan yang diuruskan oleh Jills Ellis ini.

Piala Dunia Wanita kali Ke-7 ini  juga turut menyaksikan sentuhan beberapa pemain legenda iaitu Homare Sawa (Jepun), serta dua pemain AS Abby Wamnach dan Christie Rampone yang kini berusia 40 tahun dengan dan mencatat penampilan keenam aksi ini.

Selain itu pasukan England berada di tempat ketiga dengan menewaskan juara 2007, Jerman 1-0.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia Wanita , Amerika Syarikat , Jepun

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan