Anak Saudara Penyerang Muda Negara Meninggal Dunia Selepas Kemalangan - Bola Sepak | mStar

Anak Saudara Penyerang Muda Negara Meninggal Dunia Selepas Kemalangan

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 9:52 PM

Keadaan kenderaan milik Rozaimi yang terbabit dengan kemalangan di Likas pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas pemain bawah 19 tahun Sabah, Awangku Mohd Faris yang terlibat dalam kemalangan bersama bapa saudaranya yang merupakan penyerang muda negara, Rozaimi Abd Rahman, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Rozaimi, 23, yang cedera parah bagaimanapun dilaporkan stabil dan keadaannya dibawah pemerhatian rapi.

Farris, 21, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth kira-kira tujuh jam selepas kemalangan yang berlaku pada pukul 1.30 petang dekat SJK (C) Shan Tao di Likas Kilometer 3.5 Jalan Tuaran dekat sini, Isnin.

Rozaimi sebelum ini bermain untuk pasukan Sarawak FA, Selangpr FA dan Harimau Muda A sebelum menyertai Persatuan Bola Sepak Sabah.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan