Penyerang Arsenal Lukas Podolski Sertai Galatasaray

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 11:54 PM

Lukas Podolski dalam salah satu aksinya menjaringkan gol untuk Arsenal.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Arsenal, Lukas Podolski akhirnya meninggalkan London untuk menyertai juara Liga Super Turki, Galatasaray dalam perpindahan bernilai £1.8 juta.

Dia menandatangani kontrak tiga tahun, lapor BBC pada lewat Sabtu.

Podolski, 30, menyertai Arsenal dari FC Koln pada 2012 dengan jumlah perpindahan sebanyak £11 juta.

Sepanjang 82 kali mewakili Arsenal dia telah menjaringkan 31 gol.

Penyerang antarabangsa Jerman itu merupakan sebahagian daripada skuad Arsenal yang menjulang Piala FA pada 2013 tetapi musim lalu khidmatnya dipinjamkan kepada Inter Milan.

Dia menyifatkan tempoh enam bulan bersama Inter adalah satu kesilapan besar dalam kariernya.

Peluangnya bersama Arsenal semakin tipis sejak Arsene Wenger membawa masuk Mesut Ozil, Alexis Sanchez dan Danny Welbeck.

Di samping itu, penyerang sedia ada seperti Theo Walcott, Olivier Giroud dan Alex Oxlade-Chamberlain turut bersaing untuk merebut tempat yang sama.

Presiden Galatasaray, Dursun Aydin Ozbek menyifatkan kejayaan mereka memperolehi khidmat Podolski, yang juga merupakan pemenang Piala Dunia bersama Jerman pada 2014, sebagai satu kejayaan besar.

"Podolski adalah pemain yang kita jejaki sejak sekian lama tetapi hanya kini kita berpeluang memperolehi khidmatnya. Saya berharap dia akan dapat bermain selama yang mungkin untuk Galatasaray," ujarnya lagi.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan