Liga Europa: Sakho Bantu Kemenangan West Ham, Aberdeen Sekadar Seri

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 7:30 AM

Sakho menjaringkan dua gol untuk West Ham ketika bertemu FC Lusitans di gelanggang sendiri, awal pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

DIAFRA Sakho berjaya memukau penonton selepas membantu West Ham United menewaskan FC Lusitans 3-0 pada aksi kelayakan pusingan pertama Liga Europa di Upton Park, awal pagi Jumaat.

Pemain berusia 25 tahun itu yang menyertai West Ham pada tahun lalu berjaya menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris musim lalu dengan 10 gol.

Sakho menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-40 dan 45 sebelum James Tomkins menanduk masuk gol ketiga untuk West Ham.

Selain Sakho dan Tomkins, skuad kesebelasan utama West Ham turut diperkuat Joey O'Brien, Morgan Amalfitano, Matt Jarvis dan Mauro Zarate.

Penjaga gol baharu, Darren Radolph turut beraksi dengan cemerlang manakala Reece Oxford menjadi pemain termuda dalam sejarah West Ham yang disenarai dalam skuad utama pasukan itu.

Dalam perlawanan berasingan, Aberdeen terikat seri 1-1 dengan Shkendija 79 di Macedonia.

Niall McGinn membuka jaringan awal untuk Aberdeen pada minit ke-79 sebelum pasukan tuan rumah, Shkendija 79 bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Hristijan Kirovski ketika perlawanan berbaki enam minit.

Tags / Kata Kunci: Liga Europa , Diafra Sakho

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan