Skuad B-13 Mara Suku Akhir Piala Iber Portugal 2015 - Bola Sepak | mStar

Skuad B-13 Mara Suku Akhir Piala Iber Portugal 2015

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 10:14 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan Bawah 13 tahun menamatkan perlawanan kumpulan B Piala Iber Portugal 2015 dengan bergaya, apabila menewaskan pasukan tuan rumah, SC Linda-a-Velha 3-0 di Stadium Oeiras, pada Rabu.

Skuad kebangsaan di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang merangkul kejuaraan Piala Iber di Sepanyol minggu lepas, muncul juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah selepas tiga kemenangan berturut-turut.

Skuad bawah bimbingan jurulatih Lim Teong Kim itu dijadual bertemu naib juara kumpulan F 'Os Belenenses' G dari Portugal pada perlawanan suku akhir di Kompleks Sukan Jamor, pada Jumaat.

Anak-anak didik Teong Kim sebelum ini telah mengalahkan Segeltorps IF dari Sweden 2-1 dalam perlawanan pembukaan sebelum membelasah pasukan tuan rumah, Dragon Lisboa 7-0 dalam perlawanan kedua di Kompleks Sukan Jamor di Portugal, pada Selasa.

Piala Iber kini merupakan acara penting Kejohanan Bolasepak Belia Dunia.

Tags / Kata Kunci: Skuad B-13 , Piala Iber 2015
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan