Mourinho Sokong Perpindahan Cech Ke Arsenal

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 9:51 AM

Jose Mourinho

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemindahan penjaga gol Republik Czech, Petr Cech daripada kelab juara Liga Perdana, Chelsea kepada pesaing tempatan, Arsenal disokong oleh pengurus kelab, Jose Mourinho.

Cech adalah pilihan pertama Chelsea selama 10 tahun tetapi kehilangan tempat kepada pemain Belgium, Thibaut Courtois pada musim lalu dan akhirnya menyertai Arsenal pada hari Isnin.

Mourinho berkata beliau lebih suka Cech, 33, kekal bersama Chelsea untuk musim ini tetapi selepas pemain itu bukan lagi menjadi pilihan pertama, beliau menyokong keputusan itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Cech diatas kejayaan kelab itu.

"Petr menjadi pemain yang baik untuk Chelsea selama 11 tahun dan membantu kelab ini memenangi hampir semua perlawanan," Mourinho memberitahu laman web kelab itu pada Rabu.

"Saya selalu berkata saya mahu dia kekal tetapi saya memahami Petr perlu untuk buat perpindahan.

"Kadang-kadang anda perlu menghormati hasrat seseorang yang begitu dihormati selepas perkhidmatan yang baik terhadap kelabnya. Saya menyokong keputusan pemilik kelab untuk memberi penghormatan kepada pemain dengan cara ini," kata Mourinho merujuk kepada Roman Abramovic.

Arsenal setuju untuk membeli pemain itu dengan bayaran sebanyak £11 juta.

Sejurus selepas berjaya melepasi ujian kesihatan pada pagi Jumaat lalu, Petr Cech terus menurunkan tandatangannya pada kertas kontrak mewakili Arsenal selama tiga tahun dengan bayaran gaji dianggarkan sebanyak £100,000 seminggu.

Ia adalah satu kejayaan besar buat pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang memburu khidmat Cech, 33, sejak tahun 2013 lagi.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Chelsea , Jose Mourinho , Petr Cech

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan