Copa Amerika: Messi Ingin Akhiri Kemarau 22 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 12:49 PM

Messi (kanan) menjalani latihan bersama rakan sepasukannya.

(Ubah saiz teks)

HANYA selangkah sahaja lagi nasib Argentina akan terjawab sama ada gelaran juara Copa Amerika menjadi milik mereka atau sebaliknya.

Argentina bakal berdepan dengan tuan rumah, Chile pada Sabtu ini.

Bintang Barcelona, Lionel Messi begitu teruja untuk membantu pasukan merebut trofi yang tidak pernah dijulangnya itu.

Pada aksi separuh akhir (Rabu) Messi turut membantu mengetepikan Paraguay 6-1 sebelum mengesahkan tiket ke final.

Biarpun nama Messi tidak tercatat dalam senarai penjaring enam gol itu, tetapi lima gol adalah berpunca daripadanya.

"Kami amat mahukan trofi ini. Sangat berharap untuk bergelar juara setelah 22 tahun gagal melakukannya," jelas pemain berusia 28 tahun ini.

Argentina tidak pernah merangkul juara Copa Amerika selepas tahun 1993, yang ketika itu Messi berusia 6 tahun.

Jika kejayaan pada aksi akhir ini menjadi milik pasukan bimbingan Gerardo Martino, ia bakal mencatat gelaran ke-15 sekaligus menyamakan rekod bersama Uruguay.

Tags / Kata Kunci: Copa Amerika , Lionel Messi , Argentina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan