Stoke City Berjaya Dapatkan Pemain Inter Xherdan Shaqiri

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 9:42 PM

Xherdan Shaqiri

(Ubah saiz teks)

DALAM satu langkah yang agak mengejutkan, kelab pertengahan Liga Perdana Inggeris, Stoke City telah berjaya mendapatkan khidmat pemain Inter Milan, Xherdan Shaqiri pada harga £12 juta.

Walau bagaimanapun, terma-terma peribadi antara pemain itu dengan Stoke masih belum lagi dimuktamadkan.

Pemain tengah antarabangsa Switzerland berusia 23 tahun itu baru sahaja menyertai Inter Januari lalu dengan menandatangani kontrak empat setengah tahun.

Oleh yang demikian keputusannya untuk berpindah lagi adalah sesuatu yang agak mengejutkan.

Sebelum menyertai Inter, Shaqiri adalah pemain Bayern Munich, bermain selama tiga musim dengan juara Bundesliga itu.

Dia berpindah ke Inter setelah mendapati persaingan untuk slot tengah sangat sengit dengan  Franck Ribéry, Arjen Robben dan Mario Götze.

Selama bersama Inter, Shaqiri bermain 15 kali serta menjaringkan satu gol.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan