Mendiang Oniya Akan Disemadikan Di KL

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 6:31 PM

David Faramola Oniya

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Abang mendiang bekas kapten T-Team, David Faramola Oniya memutuskan tidak akan membawa mayat mendiang pulang ke Lagos, Nigeria sebaliknya memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi pengebumian.

Abang mendiang Faramola, Adefaramade Oniya, 34, berkata keluarganya membuat keputusan mengebumikan Faramola di Kuala Lumpur kerana menurut budaya mereka adalah 'taboo' (pantang) bagi orang tua melihat mayat orang muda termasuk pengebumiannya.

Malah katanya, pemilihan ibu kota ini dibuat berikutan ia merupakan laluan utama untuk masuk ke negara ini, sekaligus memudahkan anggota keluarganya memberikan penghormatan di pusara mendiang itu nanti.

"Bagaimanapun, kami masih merancang upacara pengebumian. Di mana (di KL) dan bila, kami akan beritahu kerana kami punya masa terhad, hanya dua minggu di Malaysia, jadi kami perlu selesaikan segera.

"Mengenai pampasan, ia masih dibincangkan dengan pengurusan T-Team dan kami ada lagi mesyuarat esok. Sekurang-kurang kami sudah dapat mengelakkan kos perkapalan," katanya pada sidang akhbar di pejabat T-Team di sini hari ini.

Adefaramade yang tiba di Terengganu malam tadi ditemani ejen pemain Felix Ndukwu dan wakil Persatuan Bola Sepak Nigeria di Malaysia, Micheal Omojuwa.

Menurutnya biarpun pengurusan T-Team menawar untuk mengebumikan mendiang di negeri ini berikutan sumbangan dan jasa Faramola membantu pasukan The Titans itu, namun Adefaramade menegaskan keputusan Kuala Lumpur sebagai pilihan itu telah dipersetujui ahli keluarganya sebelum ini.

Difahamkan, Adefaramade dan dua rakannya itu akan dibawa oleh pihak pengurusan T-Team hari ini untuk menuntut dan menguruskan mayat mendiang yang masih disimpan di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu, Kelantan.

Faramola, 30, merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik.

Sebelum ini, isteri kepada pemain pertahanan T-Team itu, Rogozina Lyubov, 25, menyerahkan segala proses membawa pulang dan pengebumian mayat suaminya kepada keluarga mendiang di negara asalnya.

Faramola meninggal dunia akibat komplikasi jantung ketika pertandingan baharu berlangsung tiga minit pada perlawanan persahabatan dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, 14 Jun lepas.

Tags / Kata Kunci: T-Team , T-Team , David Faramola Oniya

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan