Copa Amerika: Chile Singkir Peru 2-1, Mara Ke Final

Diterbitkan: Selasa, 30 Jun 2015 10:40 AM

Zambrano (kiri) menendang bahagian belakang pinggang pemain Chile, Aranguiz.

(Ubah saiz teks)

TUAN rumah Copa Amerika, Chile menempah tiket ke aksi akhir selepas menewaskan Peru 2-1 dalam aksi separuh akhir di Santiago awal pagi Selasa.

Pasukan Chile hanya perlu menempuh 90 minit dengan baik selepas ini bagi merebut trofi juara Copa Amerika buat kali julung kalinya.

La Roja mempunyai peluang menjuarai kejohanan ini dalam tempoh 99 tahun pada Sabtu ini jika mampu menewaskan lawannya sama ada Argentina atau Paraguay yang bakal berentap merebut slot terakhir awal pagi Rabu.

Kedua-dua pasukan beraksi dengan baik namun dinamik permainan mula berubah apabila pemain Peru, Carlos Zambrano menendang bahagian belakang Charles Aranguiz sekaligus dilayangkan kad merah oleh pengadil  Jose Argote (Venezuela).

Peluang menentang 10 pemain digunakan sebaik-baiknya oleh anak buah Jorge Sampaoli ini dan Edduardo Vargas berjaya membuka jaringan awal tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung pada kedua permainan, pemain Chile Gary Medel melakukan kesilapan sehingga menjaringkan gol sendiri.

Namun Vargas segera menutup kesilapan sehingga mencatat kedudukan seri itu dengan percubaan jarak jauh tepat ke arah gawang lawan sekaligus mendahului kedudukan 2-1 (64') sehingga wisel penamat.

Sebagai rekod, kali terakhir Chile mara ke final pada tahun 1991 selepas tahun 1955,1941 dan 1926.

Tags / Kata Kunci: Chile , Separuh Akhir , Peru , Final

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan