Sah: Petr Cech Kini Milik Arsenal

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 11:36 PM

Penjaga gol baru Arsenal, Petr Cech memperagakan jersi barunya.

(Ubah saiz teks)

> Petr Cech lulus pemeriksaan kesihatan bersama Arsenal pada pagi Jumaat lalu

> Penjaga gol Chelsea itu sertai Arsenal dengan yuran perpindahan £11 juta

> Arsene Wenger akhirnya berjaya mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Czech itu

> Ironinya Cech akan bermain pertama kali mewakili Arsenal menentang Chelsea

> Ia adalah perlawanan pembuka tirai musim baru iaitu Piala Sumbangsih

PEMILIK juara Liga Perdana Inggeris, Roman Abramovich akhirnya memberi restu kepada penjaga golnya, Petr Cech untuk menamatkan khidmatnya selama 11 tahun bersama Chelsea dan menyertai sebuah lagi kelab London iaitu Arsenal.

Arsenal setuju untuk membeli pemain itu dengan bayaran sebanyak £11 juta.

Sejurus selepas berjaya melepasi ujian kesihatan pada pagi Jumaat lalu, Petr Cech terus menurunkan tandatangannya pada kertas kontrak mewakili Arsenal selama tiga tahun dengan bayaran gaji dianggarkan sebanyak £100,000 seminggu.

Ia adalah satu kejayaan besar buat pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang memburu khidmat Cech, 33, sejak tahun 2013 lagi.

Agak ironi kerana perlawanan pertama Petr Cech mewakili Arsenal nanti adalah menentang bekas kelab lamanya sendiri iaitu Chelsea pada Piala Sumbangsih 2 Ogos nanti.

Ia adalah perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Inggeris.

Arsene Wenger dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan oleh laman web rasmi Arsenal berkata, adalah satu kejayaan besar untuk kelab itu mendapatkan khidmat penjaga gol yang disifatkan sebagai antara yang terbaik di dunia.

"Petr Cech adalah penjaga gol yang saya sangat kagumi dan saya berasa sangat gembira kerana dia telah membuat keputusan untuk menyertai Arsenal akhirnya," ujar pengurus itu lagi.

Tegas Wenger lagi, kehadiran Cech akan memperkukuhkan benteng pertahanan Arsenal.

Cech pula berkata, sebaik sahaja dia berpeluang untuk bercakap dengan Arsène Wenger mengenai perancangannya untuk masa depan Arsenal, dia tanpa ragu memilih untuk menyertai kelab tersebut.

Cech telah merayu kepada pemilik Chelsea, Roman Abramovich agar membenarkannya menyertai kelab lain setelah dia menjadi pilihan kedua di belakang penjaga gol yang jauh lebih muda, Thibaut Courtois sejak musim lalu walaupun Jose Mourinho enggan melepaskannya kepada kelab pesaing.

Selain Arsenal, Cech turut diburu juara Perancis, Paris Saint-Germain tetapi pemain itu mahu terus kekal di London dan itu juga menjadi sebahagian daripada sebab mengapa dia memilih Arsenal.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan