Xavi Tinggalkan Barcelona Dengan Rendah Diri

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 11:10 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain antarabangsa Sepanyol, Xavi akan beraksi di Qatar pada musim hadapan setelah bersetuju dengan bayaran lumayan yang ditawarkan untuk meneruskan kariernya di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pemain berusia 35 tahun itu mengakui dia hampir menerima tawaran tersebut pada tahun lalu tetapi membuat keputusan untuk kekal bersama Barcelona selama satu penggal lagi dan menjadi sebahagian daripada skuad Catalan yang berjaya memenangi kejuaraan treble musim lalu.

"Bayangkan sekiranya saya meninggalkan Barcelona tahun lalu tanpa sebarang kejuaraan dan kemeriahan.

"Semasa Barca gagal memenangi kejuaraan musim lalu, kelab itu terpaksa melepaskan 10 pemain dan ramai pemain yang berang dengan keputusan tersebut.

"Jadi bayangkan apabila anda perlu mengucapkan selamat tinggal kepada pemain-pemain yang marah akibat keputusan itu.

Xavi juga berkata, dia berasa gembira dengan keputusan yang dibuat untuk kekal bersama Barcelona selama satu musim lagi.

"Kini semua pemain berasa gembira dan berpuas hati dan saya bernasib baik kerana kami memenangi kejuaraan liga seminggu lebih awal jadi saya dapat memberikan ucapan terakhir di Camp Nou.

"Saya gembira dengan keputusan itu dan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, Pengarah Sukan, Andoni Zubizarreta serta pengurus pasukan, Luis Enrique telah meyakinkan saya untuk kekal selama satu musim lagi.

Dalam pada itu, Xavi juga berkata statusnya sebagai pemain yang paling banyak beraksi serta paling banyak memenangi kejuaraan tidak akan bertahan lama.

"Saya pasti satu hari nanti rekod saya akan diatasi dan mungkin oleh Andres atau Leo kerana mereka hanya kekurangan satu kejuaraan sahaja jadi saya yakin mereka akan mengatasi rekod itu musim hadapan," katanya lagi.





Tags / Kata Kunci: Barcelona , Xavi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan