Sepp Blatter Nafi Letak Jawatan, Cuba Pertahan Jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Dunia (Fifa), Sepp Blater menyangkal laporan yang menyatakan dia telah berundur daripada jawatan tersebut.

Blatter mengadakan sidang media untuk mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Presiden Fifa pada 2 Jun lalu, empat hari selepas memenangi pemilihan semula untuk penggal kelima berikutan isu rasuah yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat(AS) dan juga Switzerland.

Tetapi dalam satu temu bual bersama akhbar Swiss Blick pada Jumaat, Blatter mempertahankan kedudukannya sebagai presiden.

"Saya masih belum meletak jawatan, sebaliknya saya telah membuat arahan pada kongres yang luar biasa," kata Blatter.

Blatter seolah-olah menyatakan dengan jelas bahawa dia akan meneruskan perkhidmatannya buat sementara waktu dan tidak akan bertanding lagi dalam pemilihan yang akan datang semasa memberikan ucapan perletakkan jawatannya.

"Saya telah memutuskan untuk menurunkan mandat dalam persidangan elektif tetapi akan terus berkhidmat sebagai Presiden Fifa sehingga pilihan raya akan datang," kata Blatter pada awal Jun lalu.

Presiden berusia 79 tahun itu berkata persidangan khas akan diadakan untuk memilih calon bagi jawatan presiden secepat mungkin.

"Kongres Fifa yang seterusnya akan berlangsung di Mexico pada 13 Mei tahun hadapan tetapi ini akan melengahkan masa jadi saya akan menggesa Jawatankuasa Eksekutif untuk mengadakan mesyuarat khas bagi memilih calon yang akan menggantikan saya secepat mungkin.

"Perkara ini mesti dilakukan selaras dengan undang-undang Fifa dan kami perlu memberikan masa yang secukupnya kepada calon-calon terbaik untuk berkempen bagi jawatan tersebut.

"Oleh kerana saya tidak akan menjadi calon, saya kini bebas daripada kekangan serta dapat memberi tumpuan kepada pembaharuan asas yang melampaui usaha kami sebelum ini," katanya.

Blatter ditemu ramah semasa mempromosikan muzium Fifa yang dijangka akan dibuka pada 2016.

"Bagi saya secara peribadi, muzium ini dibina untuk menunjukkan rasa cinta terhadap sukan ini tetapi jangan salah faham kerana saya tidak akan masuk ke muzium atau Waxworks lagi," kata Blatter lagi.

Tags / Kata Kunci: Fifa

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan