Piala AFC Remaja: Skuad Remaja Perempuan Negara Kandas Aksi Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 27 Jun 2015 11:35 PM

Pasukan remaja perempuan Thailand (merah) dan Vietnam bakal beraksi di pentas akhir pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Thailand menumpaskan Malaysia 6-1 pada aksi separuh akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Remaja Perempuan bawah 14 tahun peringkat Zon ASEAN di Padang YFTC di Hanoi,Vietnam, Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan Thailand akan berdepan Vietnam pada perlawanan akhir pada Ahad.

Vietnam melangkah ke final selepas menewaskan Myanmar 6-5 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 selepas tamat perlawanan.

Menurut laman web AFC, www.the-afc.com Malaysia akan bertemu Myanmar  bagi menentukan tempat ketiga dan keempat.

Pada aksi separuh akhir ini, Thailand mendahului Malaysia 3-0 pada babak pertama menerusi pemain tengah, Tanapon Yimlamai pada minit ke-24 dan melalui penyerang Porntip Thongwijit, masing-masing pada minit ke-38 dan ke-39. |

Pada babak kedua, Malaysia merapatkan jurang melalui Nor Athirah Mamat pada minit ke-50 tetapi belum sempat untuk bangkit, Thailand menambah jaringan melalui penyerang, Rattikan Khamphaeng pada minit ke-69.

Pemain pertahanan Thailand, Amarawadee Phukhao menambahkan lagi derita untuk skuad negara apabila menjaringkan gol pada minit ke-60 dan minit terakhir pada babak kedua.

Tags / Kata Kunci: Remaja Perempuan Bawah 14 , Piala AFC

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan