Real Madrid Tolak Tawaran Awal United Untuk Dapatkan Ramos

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 1:14 PM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid menolak tawaran pembidaan awal sebanyak 35 juta pound (RM207.32 juta) oleh Manchester United untuk mendapatkan Sergio Ramos.

Pemain pertahanan Sepanyol belum pasti mengenai masa depannya bersama Real Madrid selepas permintaan untuk kenaikan gaji tidak dipertimbangkan oleh kelab itu.

Pun begitu, United dijangka sudah bersedia untuk menyemak kembali tawaran tersebut.

Ramos,29, yang kini sedang bercuti telah memberitahu kelabnya bahawa dia mahu keputusan masa depan kariernya diselesaikan pada pertemuan skuad 10 Julai ini sebelum berangkat menyertai Jelajah Real ke Australia dan China.

Niat untuk meninggalkan Real itu timbul apabila Ramos merasakan dirinya tidak dihargai dan menunjukkan mintanya untuk berpindah ke Old Trafford.

Malah dia mengharapkan United akan berbincang mengenai kontrak baharunya.

Difahamkan Ramos menerima gaji bersih sebanyak £4 juta pound setahun (RM24juta) di Bernabeu dan mahu kenaikan sebanyak 6.5 juta pound.

United berkata, pihaknya bersedia untuk menawarkan Ramos perjanjian perpindahan ke Old Trafford bernilai 7.8 juta pound.

United kini sedang menyemak kembali tawaran dan cuba membuat tawaran tunai kepada Madrid.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan