Di Maria Akui Risau Statusnya Di Old Trafford

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN antarabangsa Argentina, Angel Di Maria mengakui risau mengenai situasinya di Manchester United dan masih tidak mengetahui kenapa dia tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk tempoh yang lama.

Bekas pemain Benfica itu memulakan kempen bersama United dengan cemerlang selepas berpindah dari Real Madrid dengan bayaran 59.3 juta Pound (RM349 juta), menjadikan dia permain termahal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun Di Maria yang kini membantu negaranya dalam aksi Copa Amerika tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama kelab sejak pertengahan musim lalu dan statusnya di United merisaukan pemain berusia 27 tahun itu.

"Ya, itu memberi kesan kepada saya serta keluarga dan tidak semua rancangan berjalan mengikut apa yang saya mahukan kerana saya tidak diberikan masa yang banyak untuk beraksi.

"Setiap minggu saya berlatih dengan harapan dapat memulakan perlawanan tetapi akhirnya diletakkan di bangku simpanan dan susah bagi saya untuk menerangkan perasaan itu.

"Saya memulakan kempen dengan baik dan menjaringkan gol serta mencipta peluang kepada rakan sepasukan tetapi semua itu berakhir selepas saya mengalami kecederaan.Walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, Di Maria berkata dia bercadang untuk kekal di Old Trafford dan meningkatkan prestasinya.

"Tidak, saya tidak bercadang untuk berpindah ke mana-mana.

"Di Madrid saya pernah dikutuk oleh penyokong di sekitar stadium tetapi saya berjaya meningkatkan prestasi dan keadaan tersebut berubah.

"Saya akan melakukan perkara yang sama kerana saya suka berhadapan dengan perkara seperti itu," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan