Liverpool Berbelanja Sakan, Beli Pemain Pertahanan England Pula

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 8:59 PM

(Ubah saiz teks)

SOUTHHAMPTON dilaporkan telah menerima bidaan Liverpool sebanyak £12.5 juta bagi mendapatkan pemain muda kelab itu Nathaniel Clyne.

Daily Mail melaporkan, berikutan itu, pemain pertahanan kanan skuad England berkenaan akan berbincang mengenai kontrak selama lima tahun dengan Liverpool selepas selesai pemeriksaan kesihatan dilakukan.

Southampton sebelum ini menegaskan untuk tidak menjual pemain berkenaan, namun Clyne yang mempunyai baki kontrak setahun lagi mahu kelabnya berbincang dengan Liverpool mengenai perpindahan tersebut.

Clyne yang sedang bercuti di Amerika ketika ini dijangka pulang dalam tempoh terdekat sebelum diperkenalkan di Anfield.

Liverpool sebelum ini dikatakan telah membuat bidaan terbuka sebanyak £8 juta dengan tambahan £2 juta tetapi telah ditolak.

Berikutan itu kelab berkenaan membuat bidaan seterusnya pada nilai £10.5 juta dengan tambahan £2 juta - kini diterima.

Clyne merupakan pemain keenam yang akan menyertai Liverpool secara rasmi selepas Roberto Firmino dari Hoffenheim selain Danny Ings, James Milner, Adam Bogdan dan pemain Charlton, Joe Gomez.


Tags / Kata Kunci: Liverpool , Southampton

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan