Pahang Lebarkan Penguasaan Tangga Teratas Liga Super

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 1:24 AM

Penyerang Pahang Matias Ruben Conti (dua, kanan) dikawal ketat pertahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Amran Fareez Mohd Ali pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pahang berjaya mengekalkan kedudukan teratas Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam Selasa.

Keputusan tersebut menyaksikan mereka mengumpul 26 mata selepas mengharungi 12 perlawanan, kelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang turut meraih tiga mata penuh.

Pemain gantian, Azidan Sarudin muncul wira skuad Tok Gajah setelah menanduk masuk hantaran silang daripada Mohd Fauzi Rozlan pada babak akhir perlawanan.

JDT pula menundukkan Terengganu 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, hasil jaringan pemain pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak pada masa kecederaan separuh masa pertama dan Luciano Figuero pada masa tambahan babak kedua perlawanan.

Selangor mengekalkan kedudukan ketiga liga selepas menang tipis 1-0 ke atas Felda United FC di Stadium Shah Alam menerusi jaringan tunggal pemain pertahanan, Robert Cornthwaite pada minit ke-38.

Skuad Gergasi Merah berkongsi 21 mata bersama Perak namun kekal di tangga ketiga menerusi kelebihan jaringan yang besar.

Perak pula meraih kemenangan keenam musim ini setelah mengatasi Sarawak 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Penyerang import dari Brazil, Charles Souza Chad muncul wira skuad 'The Bos Gaurus' menerusi dua jaringan, masing-masing pada minit ke-11 dan minit ke-32.

Billy Mehmet Osman berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-48 sebelum Namkung Woong mengesahkan kemenangan untuk Perak menerusi gol ketiga pada minit ke-59.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang wakil Singapura, Lions XII.

Pemain tengah Lions XII, Muhammad Hafiz Abu Sujad meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-42 sebelum pemain import dari Nigeria, Abdulafees Abdul Salam menyamakan kedudukan untuk ATM pada minit ke-58 menerusi sepakan penalti.

Pertemuan dua pasukan bawahan liga iaitu Sime Darby FC dan Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang turut berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Reinaldo Da Costa meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan menerusi jaringan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama perlawanan sebelum Gilmar Jose Da Silva menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-48 perlawanan.

Tags / Kata Kunci: liga super

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan