EPL: Petr Cech Nafi Setuju Pindah Ke Arsenal

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 7:14 AM

Petr Cech

(Ubah saiz teks)

PETR Cech, penjaga gol Chelsea pada Selasa menafikan laporan bahawa dia telah menandatangani perjanjian pemindahan dari Chelsea ke Arsenal bernilai £11 juta.

Portal berita Britain, The Daily Mail melaporkan pada petang Isnin bahawa penjaga gol itu telah bersetuju meninggalkan The Blues selepas kedua-dua kelab bersetuju dengan nilai perpindahan tersebut.

Tetapi wakil pemain itu menulis satu mesej di Twitter menafikan berita tersebut dan pemain itu sendiri kemudian membuat tweet semula (retweet) mesej kepada 1.16 juta pengikutnya mengesahkan apa yang dikatakan oleh ejennya itu.

"Terdapat cakap-cakap yang jelas bahawa Arsenal akan menandatangani perjanjian dengan Petr dan jika mereka mendapatkan Petr, ia pasti akan memantapkan kelab itu. Dia akan menyelamatkan 12 hingga 15 mata mereka untuk musim akan datang.

"Saya yakin jika dia meninggalkan kelab, yang sebenarnya tiada siapa mahu melihat dia berbuat begitu, tetapi kita faham bahawa dia mahu bermain bola sepak, dia akan sentiasa dirindui. Walau dia menyertai kelab mana sekali pun, dia akan membantu dalam peningkatan mereka," kata Kapten Chelsea, John Terry.

Tags / Kata Kunci: EPL , Liga Perdana Inggeris , Petr Cech

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan