Copa Amerika: Brazil Enggan Rayu, Neymar Akui Menyesal

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 12:19 PM

Neymar terlepas aksi Copa Amerika tahun ini.

(Ubah saiz teks)

KAPTEN Brazil, Neymar telah meninggalkan pasukannya di Chile selepas pihak pengurusan 'The Selecao' membuat keputusan untuk tidak merayu  ke atas penggantungan empat perlawanan yang dikenakan ke atas penyerangnya itu.

Neymar pada mulanya digantung satu perlawanan setelah dilayangkan kad merah selepas wisel penamat ketika aksi tewas 1-0 menentang Colombia kerana terlibat dengan insiden perkelahi Khamis lalu.

Namun hukuman penggantungan itu ditambah selepas insiden tersebut dibicarakan.

Penyerang Barcelona itu bukan sahaja cuba menghantuk kepala pemain Colombia selepas perlawanan berakhir tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan, Enrique Osses.

Selepas Brazil enggan membuat rayuan terhadap penggantungannya, Neymar memutuskan untuk meninggalkan pasukannya itu kerana tidak mahu mengganggu rakan sepasukannya dalam misi menjuarai Copa Amerika.

"Saya menunggu dengan penuh harapan akan ada kemungkinan untuk saya beraksi semula bersama Brazil dalam kejohanan ini tetapi malangnya ia tidak berlaku.

"Saya akan menyokong rakan sepasukan tetapi untuk berada di kem latihan amat menyedihkan kerana amat sukar bagi saya untuk terus berlatih bersama.

"Sekiranya masih bersama skuad ini,  saya bimbang akan timbul masalah fokus pasukan untuk mencapai objektif utama pasukan ini," jelas Neymar menerusi akaun Instagramnya.

Neymar juga meminta maaf di atas tindakannya itu dan mengakui emosi menguasai dirinya.

"Saya tidak pernah mengelak daripada menggalas tanggungjawab sebagai kapten malah sudah tentu mahu membantu pasukan untuk membuat keputusan yang betul dan mencapai kemenangan.

"Saya minta maaf kepada rakan sepasukan kerana melibatkan mereka dalam insiden tersebut dan ini akan menjadi satu pengajaran dalam kerier saya," tambahnya lagi.

Brazil akan bertemu pasukan Paraguay dalam saingan suku akhir Copa Amerika pada Sabtu ini.

Dan sekiranya mereka berjaya menewaskan anak buah Ramon Diaz itu, Brazil akan bertemu akan berdepan dengan Argentina atau Colombia di peringkat separuh akhir kelak.

Tags / Kata Kunci: Neymar , Brazil

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan