Fenerbahce Tawar £7 Juta Pada United Untuk Dapatkan Nani

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 2:43 PM

Nani telah bersama Manchester United sejak 2007.

(Ubah saiz teks)

> Mereka juga menawarkan Nani gaji sebanyak £55,000 seminggu

> Pemain berusia 28 tahun itu turut ditawarkan kontrak empat tahun

> Hanya tunggu kata putus dari United sahaja sebelum Nani terbang ke Istanbul

KELAB gergasi Turki, Fenerbahce telah menawarkan £7 juta kepada Manchester United untuk mendapatkan pemain sayap Portugal, Nani.

Portal berita Britain, Mail Online melaporkan, pemain kebangsaan Portugis itu telah ditawarkan kontrak empat tahun dengan bayaran gaji sebanyak £55,000 seminggu selepas cukai kepada Nani.

Mail turut melaporkan yang Nani pada dasarnya telah bersetuju dengan tawaran itu dan hanya menunggu pelepasan daripada United sahaja sebelum meneruskan penerbangan ke Istanbul untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan menandatangani kontraknya menjelang hujung minggu ini.

Fenerbahce dilaporkan membuat tawaran itu kepada Nani, 28, selepas hasrat mereka untuk mendapatkan Robin Van Persie ditolak oleh United.

Kelab Turki itu sebelum ini telah berjaya mendapatkan penjaga gol Arsenal, David Ospina pada harga £4 juta.

Sebagai ganti, Arsenal dijangka memperolehi khidmat penjaga gol Chelsea, Petr Cech.

Nani menyertai United pada 2007 dari kelab Portugal, Sporting CP dengan menandatangani kontrak jangka panjang selama lima tahun. Pada 2012, dia melanjutkan kontraknya selama tiga tahun lagi bersama United.

Bagaimanapun musim lalu dia telah dipinjamkan kepada Sporting Lisbon, bermain sebanyak 35 perlawanan dan menjaringkan 12 gol.

Tags / Kata Kunci: Nani , Manchester United , Fenerbahce , Turki , Portugal

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan