Juan Mata Harap De Gea Kekal Di Man United

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Manchester United, Juan Mata mahu rakan sepasukannya, David De Gea kekal di Old Trafford tetapi sedia memahami sekiranya penjaga gol itu membuat keputusan untuk berpindah.

De Gea mempunyai baki kontrak selama setahun lagi dan penjaga gol berusia 24 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan semula ke Sepanyol selepas Real Madrid dilihat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Juan Mata berkata, sebagai seorang kawan, dia hanya mahu melihat De Gea gembira dengan kehidupannya selepas mengakui ramai yang bertanya kepadanya mengenai masa depan penjaga gol itu.

"Dia merupakan antara penjaga gol terbaik di dunia jadi sudah tentu saya mahu dia kekal bersama United," kata Mata.

Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal dikatakan sedang sibuk mencari pengganti De Gea walaupun berjaya mendapatkan bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes pada musim lalu.

Beberapa nama telah dikaitkan dengan perpindahan ke United untuk menggantikan De Gea pada musim hadapan dan di antaranya adalah Hugo Lloris dari Tottenham, penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak, serta Jasper Cillessen dari Ajax Amsterdam.

Dalam pada itu, Mata juga memuji pengurus baru Real Madrid, Rafael Benitez kerana membantu meningkatkan prestasinya ketika berkhidmat bersama Chelsea.

"Saya berkerjasama dengannya semasa bersama Chelsea dan kami berjaya memenangi Liga Europa.

"Ia merupakan kempen yang hebat bagi Chelsea dan dari segi statistik, itu merupakan musim terbaik saya.

"Benitez merupakan seorang pengurus yang mampu membantu para pemain untuk beraksi lebih baik," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan