Azraai Mahu TRW Bangkit - Bola Sepak | mStar

Azraai Mahu TRW Bangkit

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah menuntut barisan pemainnya untuk mempamerkan permainan terbaik pada aksi Liga Super menentang Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada Selasa malam.

Beliau berkata pasukannya perlu mencatatkan kemenangan bagi membolehkan The Red Warriors (TRW) memperbaiki kedudukan dalam saingan itu.

"Kita perlu bangkit dan kutip mata kerana kita sekarang dalam kedudukan yang agak bahaya, jadi kita perlu keluar dari zon bahaya itu, oleh itu saya mahu pemain pemerkan aksi yang terbaik.

"Saya yakin pemain tahu apa yang perlu dilakukan dan berada di kedudukan ke-10 liga tidak menyenangkan, mereka juga mahu keluar dari zon bahaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.

Kelantan kini berada di tangga ke-10 dalam Liga Super dengan 10 mata.

Beliau berkata dua pemain importnya iaitu Gilmar Da Silva dan Austin Amutu akan menjadi taruhannya pada perlawanan esok.

"Dengan ada mereka (Amutu dan Gilmar) ini pasti aksi kita akan sedikit berlainan, pemain tempatan yang lain juga semua cergas dan boleh beraksi," katanya.

Mohd Azraai Khor berkata pasukannya perlu berhati-hati dengan barisan serangan Sime Darby FC terutama pemain import pasukan itu iaitu Reinaldo Elias da Costa dari Brazil.

"Sudah tentu mereka telah kaji permainan kita dalam rehat yang panjang ini, kita cuma kena lebih berhati-hati dan fokus untuk meraih tiga mata," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Selangor , Liga Super
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan