FAM Dan J-League Wujudkan Kerjasama

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 4:26 PM

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (dua, kiri) bersalaman dengan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) dan Pengerusi Liga Bola Sepak Jepun (J- League) Mitsuru Murai (dua, kanan) ketika Majlis Memorandum Persefahaman Bersama J- League di Wisma FAM, pada Khamis. Majlis memorandum itu turut disaksikan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) dan Menteri dan Timbalan Ketua Misi, Yoshinori Kodama (kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jika 27 tahun lalu, wakil Jepun terpaksa ke negara ini untuk mempelajari tentang format liga bola sepak yang mampu membawanya layak ke Piala Dunia, namun hari ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula terpaksa menjadikan Jepun sebagai contoh dalam meningkatkan lagi kualiti bola sepak kebangsaan.

Berikutan itu, FAM dan Liga Bolasepak Profesional Jepun (J-League) pada Khamis menandatangani memorandum persehaman untuk memulakan kerjasama bagi memperbaiki mutu bola sepak di Malaysia.

Timbalan Presiden FAM, Dato' Abdul Mokhtar Ahmad berkata, Jepun menjadi contoh kepada kebanyakan negara-negara Asia di atas dominasi mereka dalam sukan bola sepak dan berikutan itu Malaysia juga harus mengambil langkah yang sama untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni di Asia.

"Pada zaman 70-an, Malaysia merupakan antara pasukan yang digeruni di Asia dan mereka berjaya menewaskan Jepun dalam beberapa perlawanan seperti di kelayakan Sukan Olimpik di Munich tetapi situasi tersebut kini sudah bertukar.

"Kini Jepun merupakan antara pasukan yang digeruni dan telah memenangi Kejuaraan Piala Asia sebanyak empat kali serta tidak pernah terlepas daripada menyertai Kejohanan Piala Dunia sejak 1998.

"Mereka telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara jadi kita perlu mencontohi langkah-langkah yang diambil dari segi pembangunan serta cara latihan agar kita juga berpeluang untuk menyertai Kejohanan Piala Dunia," kata Abdul Mokhtar.

Abdul Mokhtar juga memuji langka-langkah yang diambil oleh Jepun dengan membuat perjanjian persefahaman bersama negara-negara lain bagi meningkatkan kualiti bola sepak negara itu.

"Kita perlu bertanya kenapa pihak Jepun mengadakan perjanjian persefahaman dengan beberapa buah negara, ini kerana mereka akan dapat mempelajari lebih banyak lagi tentang bola sepak.

"Mereka juga menggalakkan pemain-pemain supaya berhijrah ke luar negara bagi mendapatkan pengalaman dan jika dilihat sudah ramai pemain-pemain Jepun yang beraksi di Eropah serta beberapa negara lain di Asia," katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) merangkap Pengerusi J.League, Mitsuru Murai berkata sejarah di antara dua negara ini membuatkan dia mahu menjalankan perjanjian persefahaman bersama Malaysia.

"Apabila mengenang kembali sejarah bola sepak di antara Jepun dan Malaysia terdapat dua perkara yang akan sentiasa diingati iaitu kejohanan terkemuka, Piala Merdeka serta Johor Bahru.

"Kejohanan Piala Merdeka merupakan satu pertandingan yang sukar dan teratur dan kami mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang bertanding dalam kejohanan berprestij itu.

"Johor Bahru pula merupakan tempat di mana kami diberikan tiket untuk ke Piala Dunia buat kali pertama," kata Mitsuru.

Dengan perjanjian yang dibuat ini, kedua-dua negara mampu mewujudkan dan menggalakkan peluang bagi pemain-pemain Jepun dan Malaysia untuk menyertai kelab di J.League dan kelab Liga Malaysia.

Kedua-dua negara juga berpeluang untuk bertukar informasi yang perlu bagi pembangunan tahap pertandingan liga di Malaysia dan Jepun.

Tags / Kata Kunci: J-League , FAM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan