Nasib Dollah, Kim Swee Dan Razif Ditentukan Julai ini

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib tiga jurulatih bola sepak negara akan ditentukan dalam mesyuarat bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang akan diadakan pada Julai ini.

Setiausaha Agung FAM, Dato' Hamidin Mohd Amin berkata penilaian prestasi tiga jurulatih negara, Dollah Salleh, Datuk Ong Kim Swee, serta Razif Ali akan dibuat untuk menentukan hala tuju pasukan negara.

"Tuanku Presiden telah titahkan kepada saya untuk mengadakan mesyuarat pada awal Julai.

"Tetapi sebelum itu saya akan mengadakan beberapa mesyuarat bersama Dollah serta jurulatih kebangsaan yang lain untuk menyediakan laporan mengenai prestasi pasukan negara.

"Laporan tersebut akan dibawa kepada pihak teknikal di bawah kendalian Datuk Abdul Mokhtar Ahmad sebelum mesyuarat bersama presiden serta komiti," kata Hamidin selepas menghadiri Memorandum Persefahaman bersama pihak dari Liga Jepun (J-League) di sini, Khamis.

Dollah mendapat kritikan ramai selepas aksi hambar yang dipamerkan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 menerusi keputusan seri 1-1 menentang Timor Leste sebelum dibenam 6-0 oleh pasukan Palestin pada Selasa lalu.

"Kalau nak diikutkan saya sendiri sukar untuk menerima kekalahan 6-0 ke atas Palestin dan ini merupakan kali kedua di bawah kendalian Dollah, pasukan negara tewas dengan keputusan yang sama.

"Pada pendapat saya, terdapat beberapa pemain yang tidak menunjukkan komitmen yang tinggi sewaktu menentang Palestin kerana mungkin terdapat kekurangan yang diberikan oleh pihak FAM.

"Tetapi setakat ini pihak FAM telah memberikan yang terbaik kepada pemain-pemain negara dan kami juga telah menawarkan bonus yang tinggi kepada mereka," tegas Hamidin.

Skuad Kim Swee juga gagal mencapai keputusan cemerlang dalam kejohanan Sukan Sea di Singapura selepas tersingkir di peringkat kumpulan.

Pasukan Harimau Muda B di bawah kendalian Razip Ismail pula gagal untuk layak ke Kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 selepas tumpas kepada pasukan Vietnam dan Jepun.

Hamidin memberitahu, setakat ini Dollah masih lagi menggalas jawatan jurulatih tetapi keputusan tersebut mungkin akan diubah mengikut penilaian yang akan dibuat nanti.

"Dollah masih lagi kekal sebagai jurulatih pasukan kebangsaan dan dia mempunyai kontrak sehingga hujung tahun hadapan.

"Walau bagaimanapun Tuanku Presiden serta komiti yang lain mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan sebaliknya mengikut peraturan serta syarat yang ditetapkan dalam kontrak," menurutnya.

Tags / Kata Kunci: Harimau Muda , Harimau B

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan