Man City 'Kejar' Jack Wilshere

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City dilapor akan menjadikan Jack Wilshere sebagai pemain yang bakal tiba di Etihad pada Julai ini untuk menyarung jersi kelab berkenaan.

Berikutan itu, City dilapor akan membida pemain England tersebut pada harga £30 juta.

Bidaan terbaru itu mula dihebohkan media England selepas Liverpool menolak tawaran bernilai £40 juta yang dikemukakan City untuk mendapatkan Raheem Sterling.

City mula mengalih perhatian terhadap pemain Arsenal berkenaan selepas melihat urusan bagi mendapatkan Sterling agak berliku gara-gara sikap pimpinan Liverpool.

City kini terdesak untuk mendapatkan pemain tempatan bagi mengisi kuota pemain nasional dalam skuad bimbingan Manuel Pellegrini.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Manchester City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan