Ramadan: TRW Ubah Jadual

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Dua perlawanan bola sepak melibatkan pasukan The Red Warriors (TRW) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada bulan Ramadan akan ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan, kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Rosmadi Ismail.

Beliau berkata tarikh baharu perlawanan membabitkan TRW dengan Sime Darby FC dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masing-masing yang dijadualkan pada 20 dan 27 Jun ini akan ditentukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kemungkinan perlawanan akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Kita baru terima surat daripada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pagi ini dan mereka telah menyatakan persetujuan di atas permohonan KAFA untuk menangguhkan dua perlawanan di tempat sendiri.

"Kita berterima kasih kepada FAM kerana memahami kesulitan dihadapi oleh Kelantan setelah kerajaan negeri tidak membenarkan stadium digunakan untuk perlawanan Liga Super sepanjang bulan Ramadan," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata KAFA perlu mencari lokasi lain untuk aksi liga sepanjang bulan Ramadan berikutan perkarangan stadium akan digunakan sepenuhnya untuk program Madinah Ramadan tahun ini.

Program Madinah Ramadan itu melibatkan aktiviti solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah dan diikuti dengan solat terawih yang dijangkakan disertai lebih 1,000 jemaah pada satu-satu masa. 

Tags / Kata Kunci: Ramadan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan