Real Madrid, Man United Bersaing Dapatkan Nicolas Otamendi - Bola Sepak | mStar

Real Madrid, Man United Bersaing Dapatkan Nicolas Otamendi

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 10:34 AM

(Ubah saiz teks)

USAHA Manchetser United untuk mendapatkan Nicolas Otamendi kini tercabar apabila Real Madrid turut mahu mendapatkan pemain pertahanan tersebut.

Otamendi yang merupakan pemain pertahanan tengah Argentina bernilai £35 juta itu menjadi sasaran utama pengendali United Louis Van Gaal untuk memperbaiki benteng skuad berkenaan menjelang musim depan.

Bagaimanapun, ejen Otamendi dilapor turut mengadakan perbincangan dengan wakil Real selepas jurulatih baru kelab gergasi Sepanyol itu, Rafael Benitez berminat terhadap aksi bintang Vanlencia tersebut.

Otamendi yang kini sedang membantu skuad Argentina bagi menghadapi saingan Copa Amerika dijangka akan meninggalkan Valencia selepas tamat kejohanan berkenaan.

Pemain berkenaan dikatakan telah memberitahu Valencia untuk meninggalkan kelab itu  dan mungkin menyertai United bersama rakan senegaranya iaitu Marcos Rojo serta Angel di Maria.

Sumber yang rapat dengan pemain itu berkata, United telah mencapai perjanjian tidak rasmi dengan pemain itu untuk mengikatnya menerusi kontrak selama empat tahun.

Bagaimanapun, Real Madrid dikatakan akan cuba mendapatkan Otamendi dengan kos sebanyak £35 juta menerusi penebusan kontrak.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan