Sukan SEA: Thailand Pertahan 'Ibu Emas' Penuh Bergaya

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 10:53 AM

Pemain-pemain Thailand meraikan kemenangan pada aksi final pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Thailand berjaya mempertahankan 'ibu segala pingat emas' acara bola sepak Sukan SEA ke-28 selepas mengalahkan Myanmar 3-0 dalam final di Stadium Nasional Singapura, Isnin malam.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad 'Gajah Perang' melakarkan nama dalam sejarah Sukan SEA sebagai pasukan bola sepak yang paling banyak meraih pingat emas iaitu kali ke-15 sejak acara itu diperkenalkan pada edisi 1959 ketika dikenali sebagai Sukan SEAP.

Pada perlawanan final, Thailand hanya membuka gawang gol lawan pada babak kedua menerusi jaringan Tanaboon Kesarat pada minit ke-54 diikuti Chananan Pombubpha (64') dan pemain gantian, Pinyo Inpinit pada minit ke-78.

Sementara itu, Vietnam merangkul pingat gangsa setelah membenam Indonesia 5-0.

Pemain tengah Vo Huy Toan menjadi wira pasukan Vietnam apabila menjaringkandua gol pada minit ke-21 dan 41 manakala tiga lagi gol disumbangkan oleh MacHong Quan pada minit ke-14, Nguyen Hu Dung (45+1') dan Que Ngoc Hai pada minit ke-71.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Thailand , juara

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan