Warna Trofi Jadi Inspirasi Jersi Baharu Real Madrid

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 4:44 PM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid memperkenalkan jersi terbaharu kelab musim 2015-16 kepada peminat-peminatnya pada Selasa.

Selain memperkenalkan jersi tradisi untuk aksi di gelanggang sendiri (home) yang berwarna putih, kelab juga turut mendedahkan set terbaharu di tempat lawan (away) berwarna kelabu-perak dengan tiga garisan kuning di bahagian bahu manakala untuk penjaga gol berwarna hijau dengan garisan yang sama.

Real Madrid membuat kenyataan di laman web mengenai kit terbaharunya itu: "Warna kelabu menjadi pilihan untuk aksi di tempat lawan, terima kasih kepada Silver Glory

"Adidas memberi penghargaan untuk melahirkan warna ini seperti mana warna trofi-trofi kejuaraan yang telah dikecapi Real Madrid, dan akan teruskan kejayaan".

Jersi tersebut direka dengan penuh inovatif menggunakan fabrik kain kapas, dan fungsi sebagai jersi tidak hilang malah membuatkan pemain lebih selesa.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , kit , jersi , Adidas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan