Pergolakan Negara Tidak Patah Semangat Skuad Palestin

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 11:21 AM

Pemain-pemain Palestin menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bumi Palestin yang tidak pernah sunyi daripada pergolakan tidak mematahkan semangat pemain muda skuad negara itu untuk melakukan kejutan di persada antarabangsa.

Konflik dan serangan oleh kerajaan Israel sejak sekian lama ke atas wilayah itu tidak menghalang pasukan bola sepak Palestin daripada memberi saingan hebat dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

Penyerang muda, Mahmoud Eid berkata, biarpun negaranya tidak aman dan sentiasa kucar kacir, namun mereka tetap boleh mencipta kejayaan melalui sukan bola sepak.

Jelasnya skuad bola sepak Palestin baharu dibentuk dan kebanyakan pemain berusia 20 dan 24 tahun tetapi menegaskan bahawa tidak mustahil untuk mencipta kejayaan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Sementara itu, jurulatih Palestin, Abdel Nasser Barakat, yang melakukan rombakan selepas beraksi buat kali pertanma pada Piala AFC 2015 di Australia, Januari lepas, yakin pasukannya akan mencatat kemenangan ke atas Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa malam. 

Abdel Nasser berkata, jika menang, ia akan memberi keyakinan kepada pasukan muda ini untuk perlawanan seterusnya.

"Kebanyakan pemain adalah muka baharu dengan 15 pemain berusia 20 dan 24 tahun ini. Kemenangan di sini penting untuk permulaan baik bagi kami," katanya.

Bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia, yang juga pusingan kelayakan bagi Piala Asia di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 2019, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama UAE, Palestin, Arab Saudi dan Timor Leste.

Pada perlawanan pertama kumpulan itu, minggu lepas, Palestin kalah tipis 3-2 kepada Arab Saudi manakala Malaysia seri 1-1 dengan Timor Leste.

Kumpulan A turut disertai Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

Tags / Kata Kunci: Kelayakan Piala Dunia , Piala Asia , Palestin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan