AC Milan Pecat Filippo Inzaghi

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 5:41 PM

Filippo Inzaghi

(Ubah saiz teks)

AC Milan mengesahkan telah memecat pengurus Filippo Inzaghi pada Selasa.

Biarpun masih mempunyai baki kontrak selama setahun lagi, Inzaghi terpaksa akur dengan pemecatan tersebut selepas mencatat keputusan hambar dengan pasukan bimbingannya berada di kedudukan ke-10 dalam Liga Itali musim yang baru berakhir sekaligus gagal layak ke aksi Eropah musim depan.

Posisi Inzaghi bakal diganti oleh jurulatih asal Serbia, Sinisa Mihajlovic dengan kontrak dua tahun bernilai €2.5 juta semusim (RM11 juta).

Filippo Inzaghi hanya berupaya memimpin AC Milan selama setahun sahaja.

Mihajlovic sebelum ini adalah jurulatih Sampdoria. Dia melepaskan jawatannya itu awal bulan ini.

Beliau kini bakal menjadi jurulatih Milan yang keempat dalam tempoh tidak sampai dua tahun selepas Inzaghi, Massimiliano Allegri dan Clarence Seedorf.

“Mihajlovic, 46, adalah seorang jurulatih yang berpengalaman selepas memimpin Bologna, Catania, Fiorentina, pasukan kebangsaan Serbia dan selepas itu Sampdoria dan kini akan mengambil alih tugas itu di Rossoneri (gelaran untuk Milan),” jelas satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan dalam laman rasmi kelab berkenaan. 

Dan sebagai pemain, beliau adalah rakan sepasukan dengan seorang lagi legenda Milan iaitu Dejan Savicevic ketika mereka sama-sama bermain untuk Red Star Belgrade sebelum berpindah ke Lazio.

"Jangan risau. Dalam tempoh 15 hari lagi, saya akan menjadi jurulatih Milan," jelas Mihajlovic dalam satu kenyataan ringkas.


Tags / Kata Kunci: AC Milan , pecat Filippo Inzaghi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan